12 Perkara Yang anda Boleh Lakukan Untuk Tingkatkan Motivasi

Motivasi sangat diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan dan meyakinkan diri sendiri dalam sesuatu hal. Orang yang tiada motivasi ini boleh diibaratkan seperti mayat hidup sahaja. Ibu bapa juga perlulah sama-sama mendidik anak supaya sentiasa bermotivasi.

Ini adalah 12 cara bagaimana pelajar boleh meningkatkan motivasi diri.

Buku Polish Properly Your English

Tentukan Matlamat Kamu

Matlamat ialah hala tuju dan arah tujuan dalam kehidupan. Untuk mencapai kecemerlangan, pelajar mestilah mempunyai satu matlamat kejayaan yang jelas untuk masa hadapan. Matlamat akan menjadi penggerak kamu untuk berusaha dengan lebih keras bagi menentukan kejayaan pada masa hadapan. Untuk merealisasikan matlamat hidup ini, kamu mestilah berusaha keras serta bijak menguruskan masa dalam kehidupan.

BUKU POPYE, POLISH PROPERLY YOUR ENGLISH

Tampalkan Matlamat Kamu

Untuk mengelakkan pelajar lalai dan terlupa dengan pelajaran, tampalkan matlamat di ruang yang mudah dilihat seperti di segenap ruang belajar dan di pintu bilik.

BUKU POPYE, POLISH PROPERLY YOUR ENGLISH

Senaraikan Kekuatan dan Kelemahan Kamu

Senaraikan kekuatan dan kelemahan yang pelajar ada. Nilai semula diri anda. kaji dan perbaiki kelemahan dan tingkatkan kekuatan yang ada pada pelajar. Dengan memperbaiki kelemahan dan tingkatkan kekuatan anda, motivasi anda secara tidak langsung juga akan bertambah.

BUKU POPYE, POLISH PROPERLY YOUR ENGLISH

Sentiasa Bersikap Positif

Sentiasa katakan " Saya Boleh" atau " Yes I can Do It:. Buat dan anda akan rasa motivasi anda akan turut meningkat. Orang yang bersikap positif tidak takut untuk gagal. Sekali pun mereka gagal, mereka akan terus berusaha untuk meningkatkan motivasi diri anda. Tiada erti putus asa bagi orang yang sentiasa bersikap positif.

Buku Polish Properly Your English

Sentiasa bertindak Positif

Orang yang bersikap positif akan bertindak dari sekarang bukan "nanti" dan bukan juga "kemudian hari". Proses mengulangkaji perlu dilakukan dengan kerap dan selepas belajar supaya anda tidak lupa apa yang anda pelajari. Jangan sesekali mengulangkaji pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan. Pastikan ulangkaji satu rutin anda setiap hari.

Buku Polish Properly Your English

Sentiasa Berfikiran Positif

Sentiasa berfikiran positif supaya anda tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik di sekeliling anda. Fikirkan apa yang anda ingin capai dan apa yang anda perlu lakukan untuk mencapainya. Sentiasa beranggapan yang anda mempunyai keupayaan untuk mencapai nya. Walaupun ada perkara yang anda tidak tahu, teruskan berusaha cari cara terbaik untuk anda menjayakannya. Ingat! pemikiran positif beserta sikap yang positif akan dapat membantu anda membuat tindakan yang positif.

large

Elakkan Perbuatan Tidak Berfaedah

Elakkan perkara yang tidak berfaedah dan membuatkan anda lalai. Elakkan budaya melepak kosong tanpa hala tuju, merayau-rayau, bersembang kosong dan sebagainya. Perbuatan tidak berfaedah ini akan melemahkan tahap motivasi anda kerana anda akan membuang banyak masa dengan perkara sia-sia.

BUKU POPYE, POLISH PROPERLY YOUR ENGLISH

Dengar Nasihat Guru dan Keluarga

Nasihat yang sama dan berulang kali dapat meningkatkan motivasi diri. Dengar pandangan orang yang lebih tua atau berpengalaman. Terima terguran daripada guru dan ahli keluarga yang lain. Nasihat mereka pasti berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan mereka. Nasihat mereka pasti sesuatu yang telah membantu mereka berjaya. Gunakan nasihat mereka supaya anda tidak melakukan kesilapan yang sama.

BUKU POPYE, POLISH PROPERLY YOUR ENGLISH

Tidak Membuang Masa

Masa selalu dikaitkan dengan emas kerana masa tidak boleh dibeli dan diganti dengan sesuatu yang lebih berharga. Perkara yang paling jauh meninggalkan kita ialah masa lalu. Jangan sia-siakannya dengan perkara yang tidak berfaedah dan merugikan masa keemasan ini. Orang yang pandai menguruskan masa pasti orang yang bermotivasi dan berjaya dalam hidupnya.

BUKU POPYE, POLISH PROPERLY YOUR ENGLISH

Tidak Cepat Berputus Asa

Orang yang gagal adalah orang yang paling cepat berputus asa. Adakah anda orang yang gagal itu? Saya rasa tidak. Anda mungkin sudah hampir mencapai kejayaan, tetapi jika anda "give up" di tengah jalan sedangkan andalah yang paling hampir untuk mencapai kejayaan tersebut. Anda memang rugi besar. Teruskan berusaha walaupun anda rasa ianya sukar kerana hanya orang yang berusaha akan mencapai kejayaan.

Buku Polish Properly Your English

Berusaha Atas Kerelaan Bukan Paksaan

Kejayaan yang sebenar boleh dicapai jika anda betul-betul mahukannya. Jangan ada rasa terpaksa dalam menuju matlamat anda kerana walaupun anda berusaha gigih tetapi "soul" anda tiada, anda juga diibaratkan seperti mayat hidup. Zombie. Apabila anda mempunyai kemahuan yang membara untuk berjaya, anda pasti akan berusaha sehabis baik untuk mencapainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *