2syenhost

One Stop Center untuk Pusat Bimbingan Holistik

Pengenalan

Revolusi Tuisyen Holistik – Dari Tuisyen Biasa – Biasa Kepada Luar Biasa

Revolusi Tuisyen Holistik merupakan satu seminar kursus untuk membantu pengusaha pusat tuisyen, Home Tutor, Tutor persendirian dan sesiapa sahaja yang ingin menceburi peluang dalam bidang pendidikan untuk kami berkongsi cara kami berkongsi ilmu dengan pelajar. Konsep yang kami gunakan lain daripada yang lain kerana kami menggunakan konsep “bimbingan” dan bukannya “mengajar”.

Seiring dengan perkembangan sistem pendidikan kita sekarang, pada masa hadapan, mungkin cara pembelajaran yang pusat tuisyen biasa gunakan sudah tidak relevan lagi. Pelajar sekarang lebih meudah tertarik dengan penggunaan gajet dan element “fun” dalam pembelajaran. Cara pembelajaran yang traditional mungkin menghadkan pencapaian dan pemahaman pelajar.

Seminar Revousi Tuisyen Holistik ini bakal menjadi titik perubahan institusi pendidikan kita semua. Negara-negara maju sudah bergerak ke arah ini. Jika kita masih mengikut cara lama, kita mungkin akan terus ketinggalan.

HIGH QUALITY AND PROVEN RESULT IS THE KEY OF SUCCESS

Objektif Program

Pada akhir program, peserta akan dapat:

  • Mengetahui cara bagaimana untuk memaksimumkan kualiti perkhidmatan anda supaya anda tampil berbeza dan seterusnya membantu anda untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi.
  • Mengetahui cara bagaimana untuk tampil berbeza daripada pusat bimbingan yang lain.
  • Mengenal pasti apakah kepakaran sebenar anda dan pasukan yang boleh digunakan untuk memberikan satu keistimewaan kepada pusat pendidikan anda.
  • Meningkatkan pendapatan anda melalui peningkatan kualiti.
  • Mengetahui cara membina bengkel yang berkesan dan efektif dan bagaimana untuk menguruskannya.
  • Pemasaran dan branding yang anda perlu kuasai untuk lebih dikenali di kawasan anda.

Pendekatan Program

Seminar ini diimplementasikan berteraskan kepada gabungan dinamik pembelajaran terkini, hibrid dan teknik bimbingan holistik yang kami praktikkan. Kami menggunakan konsep mentoring dalam program bimbingan kami. Metodologi yang aplikasikan berfokus kepada keseimbangan teori dan praktikal supaya boleh digunakan di pusat pendidikan anda. Melalui seminar ini, anda akan diberikan solusi kepada pemasalahan anda dan tim serta membantu menaikkan kualiti servis pusat pendidikan anda.

KANDUNGAN
 PROGRAM

MODUL 1

Kandungan modul “Fenomena Program Bimbingan Holistik”:

  • Apa realiti pembelajaran sekarang?
  • Adakah cara pembelajaran sekarang akan sama dengan tahun depan? Bagaimana 10 tahun lagi? Adakah ia masih sama? Buat perubahan sekarang supaya anda sentiasa relevan dan berdaya saing.
  • Bagaimana caranya?
  • Apakah penambahbaikan yang perlu disuntik kepada pusat pendidikan anda?
  • Apakah X-faktor anda dan pasukan anda?
  • Apa yang anda perlu ketengahkan? Apa sebenarnya kekuatan anda? Apa yang anda mampu buat dan apa yang pasukan anda mampu buat?
  • Keluarkan kepakaran sebenar anda.

Sinopsis Modul

Modul ini akan memberikan kesedaran kepada realiti pembelajaran sekarang dan realiti pusat tuisyen anda. Anda akan mula menyedari kesan realiti sekarang kepada pusat tuisyen anda jika langkah penambahbaikan tidak dilakukan segera. Anda juga akan menyedari yang sebenarnya anda memerlukan tim yang betul supaya anda menjadi lebih produktif dan hebat dalam menangani halangan yang akan datang.

MODUL 2

Kandungan modul “Bina Bengkel Anda Sendiri”:

  • Kenapa pendapatan anda tersekat? Apa yang anda perlu buat
  • Cara untuk anda membina bengkel anda sendiri
  • Bagaimana cara untuk mengendalikan bengkel. Cara perkongsian ilmu kepada peserta
  • Pengisian menarik semasa bengkel. Edugames dan energizer.
  • Pembinaan modul untuk bengkel yang berkesan dan sesuai.
  • Cara menarik minat pelajar sepanjang bengkel.

Sinopsis Modul

Modul ini untuk membimbing anda cara bagaimana untuk membina bengkel anda sendiri sebagai pendapatan tambahan dan mengoptimumkan potensi anda. Di dalam modul ini akan dikongsikan bagaimana ingin membuat bengkel daripada persediaan awal, semasa bengkel dan selepas bengkel.