7 PERKARA IBU BAPA LAKUKAN YANG MENJADI IKUTAN ANAK

7 PERKARA IBU BAPA LAKUKAN YANG MENJADI IKUTAN ANAK

7 PERKARA IBU BAPA LAKUKAN YANG MENJADI IKUTAN ANAK

1. Bagaimana Cara Bapa Melayan Ibu

Jika bapa adalah seorang yang penyayang, ambil berat, supportive dan melayan ibu dengan penuh hormat dan bermaruah, anak-anak pasti akan membuat perkara yang sama kepada isterinya nanti. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

Tetapi jika sebaliknya, memang tak mustahil anak akan membuat perkara seperti itu kepada isterinya. Bila anak diajar dengan keganasan, tidak mustahil anak pun akan bertindak ganas.

2. Bagaimana Ibu Bapa Menguruskan Wang

Kalau ibu bapa  jenis boros, belanja ikut suka hati sahaja, anak pun in syaa Allah akan menjadi boros juga. Tetapi jika kita mengajar anak menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak. Apabila dewasa, anak pasti bijak dalam menguruskan perbelanjaan.

3. Bagaimana Ibu Bapa Melayan Orang Lain

Kalau kita suka merendah-rendahkan orang, maki-maki orang dengan bahasa yang entah apa-apa..tidak mustahil juga lah perangai anak kita pun turut sama nanti. Khususnya apabila di dalam kereta dan kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, jika kita bertindak memaki orang yang memandu kereta slow..AWAS! Anak akan mendengar apa yang keluar daripada mulut kita. Sama juga bila kita mengherdik orang di restoran kerana servis lambat dan contoh lain sepertinya. Anak kita mendengar dan melihat perbuatan kita dan mereka akan mengikutnya kelak.

4. Bagaimana Ibu Bapa Hormat Orang Lebih Tua

Jika ibu bapa kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar, anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.

5. Kejujuran Ibu Bapa

Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur daripada ibu bapanya.

6. Disiplin Dalam Kehidupan

Kalau kita selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan seperti tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, jika kita memilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.

7. Sifat Pemurah

Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ni juga akan diikuti oleh anak-anak. Lihat sahaja arwah Amar bagaimana dididik oleh ibu bapanya yang suka melakukan kerja-kerja amal. Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, ada bahagian untuk tujuan sedekah. Ataupun ajak anak untuk sama-sama menabung sedekah subuh.

Credit: nurulaziyana.blogspot.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *