MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W

MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W

MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W

Bagaimanakah cara untuk mendidik anak cara Rasullulah S.A.W?

Mendidik anak bukan perkara yang mudah bagi ibu bapa yang pertama kali mempunyai cahaya mata. Pelbagai ilmu keibubapaan perlu diperlajari supaya anak dapat membesar dengan sempurna.

Kita seringkali melihat penjagaan anak melalui internet, buku-buku dan rakan serta sanak saudara. Bertanyakan tips penjagaan dan mendidik anak. Tahukah anda tips mendidik anak telah mempunyai seorang role model terbaik iaitu Rasulluah yang Mulia.

Jika kita mengikut cara junjungan Rasulullah mendidik anak pasti kita anak kita akan menjadi anak yang taat dan mengikut syariat Islam. Didikan anak-anak bermula di rumah dan bukannya disekolah. Baik didikan kita di rumah, baiklah anak kita, namun jika sebaliknya yang diberikan kepada anak kita, andalah yang perlu dipersalahkan.

Berikut ialah cara didikan anak mengikut umur mereka. Ikutilah garis panduan ini. InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang terbaik dan hubungan anak dan ibu bapa juga pasti baik dan rapat.

Mendidik Anak Pada Usia 0 – 6 Tahun.

Banyakkanlah bergurau senda dengan mereka. Belai dan manjakan mereka dengan penuh kasih sayang.

Jangan sesekali merotan mereka jika mereka membuat kesilapan.

Mendidik Anak Pada Usia 7-14 Tahun.

Didiklah mereka untuk mendengar arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.

Didiklah mereka tentang ibadah, solat dan puasa.

Mendidik Anak Pada Usia 15-21 Tahun.

Hendaklah mendidik dengan cara berkawan. Ibu bapa perlu selalu bertukar pendapat dengan anak dan mendengar semua pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Mendidik Anak Pada Usia 21 dan Ke Atas.

Hendaklah Ibu Bapa memberi kebebasan bertindak sendiri selagi tidak bertentangan denga syariat Islam.

Ibu bapa bertindak sebagai penasihat dan memastikan mereka terkawal.

Leave a Reply