MENGAPA KITA WAJAR MELIHAT KEGAGALAN

Mengapa kita wajar melihat kegagalan?

Survivorship Bias

MENGAPA KITA WAJAR MELIHAT KEGAGALAN

Mengapa kita wajar melihat kegagalan?

Inilah tajuk pertama dalam buku The Art of Thinking Clearly hasil penulisan Rolf Dobelli.

Realiti kini, manusia akan lebih melihat kepada kejayaan seseorang sahaja berbanding kegagalan kerana kisah kejayaan pasti akan lebih menyerlah. Disebabkan itu, kita akan sentiasa menjangkakan peluang kita untuk berjaya itu lebih daripada yang sepatutnya. Ilusi inilah yang dipanggil sebagai Survivorship bias, satu tanggapan berat sebelah terhadap kelangsungan hidup. Kita menjangkakan semuanya indah belaka dan mengabaikan akibat buruk yang mungkin terjadi.

Survivorship¬† bias ini juga boleh mendatangkan kemudaratan terutamanya apabila kita berada di pihak yang ‘menang’. Kejayaan yang dicapai mungkin berlaku secara kebetulan dan mendapati keadaan yang serupa juga berlaku kepada mereka yang berjaya. Ini menyebabkan kita melabelkan ini sebagai ‘Faktor Kejayaan’. Tetapi jika kita menyelidiki semula tentang kegagalan dan bangun jatuh bangun mereka, kita akan dapat suatu konklusi yang sebenar bagaimana mereka bangkit dan menjadi berjaya.

Survivorship Bias membuatkan manusia terlebih menjangka peluang untuk mencapai kejayaan sebenar mereka secara sistematik. Teliti punca kegagalan orang lain dan bukan hanya melihat kepada faktor kejayaan sahaja. Kegagalan orang lain perlu dipelajari supaya kita dapat mengelak membuat perkara yang sama dan menemui kegagalan. Kurangkan kesilapan melanggar dinding dengan menjadikan punca kegagalan orang lain sebagai case study untuk mencari kunci kejayaan sebenar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *