PERUBAHAN KAEDAH PENDIDIKAN BERMULA TAHUN 2020 !

PERUBAHAN KAEDAH PENDIDIKAN BERMULA TAHUN 2020 !

Di dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital.

 

Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran atas talian merupakan suatu keperluan.

 

Bagi memastikan kaedah pembelajaran atas talian yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi secara interaktif, latihan yang efektif dan berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum, tahap piawaian yang standard, jaminan kualiti sumber yang tidak terhad, penentangan terhadap perubahan semasa dan teknologi, permasalahan berkaitan harta intelektual dan hak cipta serta sokongan institusi pendidikan yang menjalankan kaedah pembelajaran atas talian.

 

Justeru, setiap pendidik harus memperkenalkan apparatus dan metodologi yang dapat membantu meningkatkan kualiti proses pembelajaran dengan menyediakan informasi yang berguna tentang pelajar dan aktiviti yang telah dijalankan oleh mereka dalam sistem pembelajaran atas talian.

 

Selain itu juga, pendidik dan juga institusi yang menjalankan kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian perlu memastikan bahawa rangkaian sosial adalah boleh dipercayai dan mampu untuk mengukur prestasi akademik sebenar selain memastikan jaringan keselamatan yang terkawal agar tiada isu kebocoran maklumat yang tidak wajar.

 

Tidak dapat dinafikan melalui kaedah pembelajaran atas talian banyak manfaat yang boleh didapati.

 

1️⃣ Pengajaran atas talian membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya.

 

2️⃣ Pelajar juga dapat melalui proses pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan.

 

3️⃣ Fasiliti dan infrastruktur untuk diskusi atas talian dan bantuan pengajaran untuk isi kandungan juga dapat disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan.

 

4️⃣ Latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu dapat diselaraskan. Demi memastikan pendidik kekal relevan dan dinamik dalam menyampaikan ilmu secara atas talian terdapat beberapa laman web yang menawarkan kurus dan pembelajaran atas talian bagi meningkatkan pemahaman dan kualiti pengajaran seperti EPSA, Coursera, EDX, dan Futurelearn.

 

Walaubagaimanapun, setiap pendidik harus mengambil kira beberapa faktor yang perlu dilalui oleh realiti kebanyakan pelajar di iaitu bukan semua pelajar mempunyai akses capaian internet yang baik, masih ada di kalangan pelajar yang tinggal di pedalaman, pelajar yang berada di rumah di sepanjang tempoh PKP perlu membantu ibu-bapa menguruskan aktiviti harian, kediaman yang tidak selesa, serta kemudahan telefon pintar dan aksesori berkaitan bukan canggih dan terkini.

 

Justeru, pendidik perlu bijak menangani isu tersebut secara berhemah. Setiap pendidik perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara holistik dan inklusif tercapai.

 

#ProgramAnakBijakFikir
#ProgramAnakSmartKreatif
#ProgramBimbinganHolistik
#LAHAzoneEducation
#KadASKMalaysia

LAHAzone Education

Kepakaran kami ialah mencegah pelajar kecundang di dewan peperiksaan. Ketahui bagaimana.Hubungi LAHAzone 010-233 6859 #LahaZone

Leave a Reply