Petua Untuk Berjaya

Petua Untuk Berjaya

Petua Untuk Berjaya

Bagaimana hendak menjadi orang yang sangat berjaya? Ada beberapa petua untuk berjaya yang berguna untuk anda.

  1. Tetapkan matlamat yang tinggi, tetapi jangan terlalu idealistik. Tetapkan matlamat jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek. Kemas kini matlamat ini setiap kali anda berjaya mencapai salah satu daripadanya. Semakin anda berjaya, Semakin tinggi matlamat yang anda boleh fikirkan.
  2. Tetapkan tumpuan. Pernahkah anda menonton perlawanan badminton? Pernahkah anda melihat ada orang yang mendahului lawan, tetapi tidak lama kemudian akhirnya dia tewas. Kenapa? Antara alasan yang popular adalah hilang tumpuan. Hidup saudara juga umpama bermain badminton, mesti sentiasa tetapkan tumpuan dan fokus anda. Tidak kira semasa bermesyuarat, berbual, berbincang, berfikir, merancang, bermain, berunding, menjawab peperiksaan, belajar dalam kelas, membaca, menonton dan sebagainya. Jangan buang masa anda dengan melakukan sesuatu tanpa tumpuan yang sepenuhnya.
  3. Kemahiran 4M iaitu Membaca, mendengar, menulis, dan membentang. Pada zaman sekarang, ketiga-tiga kemahiran ini penting, bahkan kadangkala ia mendesak. Membaca dan mendengar adalah kemahiran menerima maklumat, manakala menulis dan membentang adalah kemahiran menyampaikan idea. Kemahiran membentang memerlukan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi, interpersonal dan percakapan awam. Kemahiran 4M mestilah diintegrasikan. Anda tidak mendapat hasil yang sebenar jika hanya memiliki sebahagian daripadanya. Ini adalah pakej yang mesti dimiliki bersama.
  4. Jadilah jurulatih. Jangan kedekut ilmu. Ajarlah orang lain melakukannya. Anda tidak hilang apa-apa apabila anda mengajar orang lain. Bahkan anda akan diberikan kebijaksanaan dan idea yang lebih baik ketika menjadi jurulatih.Semakin ramai orang yang anda latih, semakin hebat kemampuan anda. Kenapa? Kerana tuhan sudah menjadikan alam sebegitu rupa. Itulah  fitrah alam yang anda mesti tahu jika anda ingin lebih berjaya daripada orang lain
  5. Nabi Muhammad s.a.w menyebut, “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. “Kenapa? Selain daripada menyampaikan idea-idea nabi. Kita juga dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kita ketika mengajar orang lain berkenaan perkara itu. Oleh itu, jangan kedekut, jadilah jurulatih.
  6. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Jika ingin menjadi lebih baik daripada orang lain, anda mesti mengelak daripada tabiat ini. Hanya semangat bermusim, ataupun semangat ketika mula-mula sahaja. Perangai ini hanya menyebabkan orang lain mentertawakan anda, kerana mereka memandang anda seperti “tahu ayam”. Kalau hendak menjadi lebih baik daripada orang lain. Saudara perlu menjadi ‘hangat-hangat seterika’ kerana ia panas apabila perlu dan dingin apabila disimpan.

 

Kredit: diambil daripada Buku 55 Petua Orang Berjaya Dato Dr. Mohd Fadzillah Kamsah & Fadzli Yusof

Leave a Reply