Pusat Tuisyen Vs Pusat Bimbingan Holistik

PUSAT TUISYEN VS PUSAT BIMBINGAN HOLISTIK

PUSAT TUISYEN VS PUSAT BIMBINGAN HOLISTIK

Kenapa kami namakan pusat kami sebagai pusat bimbingan holistik dan bukannya pusat tuisyen?

Tahukah anda apa itu holistik?

Pusat tuisyen vs pusat bimbingan holistik

Berdasarkan maksud daripada Kamus Dewan Edisi Keempat ini, boleh di simpulkan bahawa program kami ini adalah satu program bersepadu dan menyeluruh. Kami bukan sekadar mengambil berat berkaitan akademik semata-mata, tetapi kami juga mengambil berat mengenai perkara di luar kelas. 

Satu Family, Satu group sokongan

Setiap pelajar kami akan mempunyai group sokongan WhatsApp bagi setiap keluarga. Pelajar dan ibu bapa boleh terus berinteraksi dengan kami melalui group ini. Permasalahan pelajar akan cuba kami bantu selesaikan dan ianya tidak terhad kepada akademik pelajar sahaja.

Kelas dalam kumpulan kecil dan open space

Kelas kami juga maksimum hanya 6 orang pelajar per sesi. Jika inginkan lebih perhatian, pelajar boleh mengambil pakej tiga orang pelajar satu kelas dan kelas persendirian on to one. Setiap kelas kami diadakan dalam suasana open space tanpa kotak yang menghalang kreativiti pelajar. 

Laporan perkembangan pelajar setiap kali selepas kelas

Setiap pelajar kami diperhatikan oleh tutor dan pegawai akademik kami. Setiap orang pelajar akan dinilai dan diberikan refleksi selepas kelas melalui group WhatsApp. Setiap apa yang dipelajari dan apa yang pelajar masih lemah akan direkod. Melalui rekod-rekod ini, pegawai akademik dan tim pembangunan perniagaan kami akan menganalisis dan merangka bengkel-bengkel yang sesuai untuk pelajar.

Bengkel dirangka khas mengikut keperluan pelajar

Kesemua bengkel-bengkel kami dirangka khas mengikut prestasi pelajar. Setiap pegawai akademik kami dilatih dan diberi latihan daripada pakar dalam subjek mereka. Setiap daripada mereka ditugaskan untuk mencari teknik dan taktik terbaik untuk membantu pelajar. Setiap pelajar akan diberi ‘personal touch’ dalam pembelajaran. Buku juga kami pilih mengikut tahap yang sesuai bagi mereka disamping modul tambahan yang dibina khas oleh pegawai akademik bagi setiap subjek.

Bengkel dan seminar tambahan disediakan

Kelas program bimbingan sahaja belum mencukupi, kami akan mengadakan bengkel-bengkel khas di setiap hujung minggu. Antara bengkel kami ialah, Bengkel Hammer, Bengkel Teknik Menjawab, Polish Properly Your English, Rahsia Penceramah Memukau, Science Wizards, Super Power Maths, dan banyak lagi. Semuanya diadakan berdasarkan prestasi pelajar dan kami ingin bantu mereka selagi boleh.

Group Study dan hybrid learning platform untuk semua

Kecemerlangan pelajar adalah kegembiraan kami. Kami sangat komited untuk membantu pelajar. Pelajar yang masih lemah digalakkan hadir ke pusat bimbingan kami untuk mengadakan ‘group study’ dan menggunakan komputer kami untuk menggunakan platform i learn ace yang kami sediakan. 

Kami sentiasa bersedia untuk belajar dan terlatih

Kesemua pegawai akademik kami muda dan bertenaga supaya pelajar lebih mudah untuk berkongsi dan bertanya dengan mereka. Kami dilatih dalam aspek penyampaian untuk menjamin kualiti pengajaran tertinggi dan mesej yang dikongsikan dapat diserap. 

Ibu bapa tahu update semasa dan khidmat nasihat percuma diberikan

Perjumpaan bersama ibu bapa juga diadakan secara berkala supaya ibu bapa sendiri dapat melihat perkembangan anak dan kami juga boleh berkongsi nasihat dan pendapat untuk perkara dan pembelajaran di luar waktu kelas.

Ini adalah serba sedikit mengapa kami mengatakan kami berbeza daripada yang lain. 

Kami bukan mengajar tapi kami berkongsi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *