Rahsia Kejayaan Bermula Daripada Anda. Ini ialah pemikiran orang berjaya

RAHSIA KEJAYAAN BERMULA DARIPADA ANDA

Semua orang ingin berjaya tetapi adakah anda betul-betul ingin berjaya? Itu persoalan sebenarnya.

Jika anda betul-betul ingin berjaya.
Anda pasti akan buat bersungguh-sungguh.

Kami kongsikan pegangan hidup daripada Abang Abu.

Kata Abang Abu, untuk kita berjaya kita perlu ada A, B, C, dan D.

1. A – AIM (TARGET)

Semua perkara perlu ada target (sasaran) apa yang ingin dicapai, begitu juga dalam hidup. Sasaran ini ialah apa yang kita ingin dapat. Ada yang panggil the BIG WHY. Kita perlu jelas dengan apa yang kita mahu dalam hidup. Apabila anda jelas dengan sasaran anda itu, anda akan diberikan 25% kekuatan untuk mencapai kejayaan.

2. B – BELIEVE (PERCAYA)

Anda sudah meletakkan sasaran betul? Sekarang anda perlu percaya pada sasaran anda. Anda yakin anda dapat capai sasaran anda. Anda akan 50% lebih mudah untuk mencapai sasaran anda apabila anda percaya dengan target hidup anda.

3. C – COURAGE (BERANI)

Kita perlu sentiasa bersedia untuk membuat kesilapan, kena sentiasa bersedia untuk menerima kritikan, dan berani buat perkara yang bodoh tetapi berbaloi untuk mencapai sasaran kita. Jadi seseorang yang Unik bukanlah satu kesalahan.

4. D – DO IT UNTIL YOU GET IT!

Jangan cepat berputus asa dan mengalah. Buat sampai jadi. Sampai anda dapat apa yang anda inginkan.

Kredit (Diambil daripada blog.maukerja)


Artkel penuh:https://blog.maukerja.my/nak-berjaya-kita-kena-mula-buat-perkara-kita-tak-suka-ini-4-formula-kejayaan-abang-abu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *