Teknik Belajar Berkesan

Teknik Belajar Berkesan

Teknik Belajar Berkesan

Pengenalan

Mempunyai otak yang pintar sahaja tidak dapat memastikan kejayaan anak-anak 100%. Ibu bapa juga perlu mendedahkan anak-anak kepada teknik belajar yang berkesan supaya anak-anak dapat mencapai kecemerlangan yang maksimum.

Teknik Belajar Berkesan
Teknik Belajar Berkesan
Tentukan Matlamat Belajar Kamu​

No. 1

Untuk cemerlang, anda perlukan matlamat. Matlamat membantu anda untuk fokus kepada jalan yang betul disamping menjadi titik semangat untuk anda terus berusaha lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan.

No. 2

Pembelajaran anda akan lebih konsisten apabila anda mempunyai jadual waktu. Dengan menggunakan jadual waktu, anda akan lebih disiplin dan aktiviti yang dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan. Anda juga perlu mencintai pelajaran supaya anda lebih mudah untuk mendekati dan minat kepada subjek tersebut. Betulkah jika saya kata, anda kebanyakannya merasakan subjek itu susah kerana anda tidak menyukainya? Bagaimana jika anda ubah diri anda menjadi suka kepada subjek tersebut, in sya Allah anda pasti akan merasakan subjek tersebut akan lebih senang.

No. 3

Tenang, ceria dan gembira memudahkan proses pembelajaran anda. Jika hati tidak tenang. Jangan belajar dahulu, tunggu sehingga hati anda tenang baru belajar.

Hindari Masalah dan Aktiviti Tidak Berfaedah​

No. 4

Anda perlu memberikan komitmen terbaik dalam pembelajaran. Elakkan masalah terutama masalah yang remeh temeh seperti bergaduh, dengki, cemburu dan sebagainya. Jauhi aktiviti tidak berfaedah seperti melepak, berbual kosong, merayau dan sebagainya.

Setiap Yang Kamu Baca, Kamu Mesti Ingat​

No. 5

Jangan membuang masa dan tenaga. Pastikan apa yang anda baca itu anda dapat mengingatinya.

No. 6

Untuk belajar, anda perlu sentiasa segar. Jika

Berdoa Memohon Petunjuk Daripada Tuhan​

No. 7

Setiap yang kita lakukan perlu mendapat keredhaan daripada yang Maha Esa. Kita perlu memohon petunjuk supaya segala urusan untuk mencapai matlamat kita dipermudahkan

Jika Berjaya, Ucapkan Tahniah Kepada Diri Sendiri​

No. 8

Jika anda telah mencapai kejayaan yang anda idamkan, anda perlu ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri dan anda boleh memberikan hadiah kepada diri anda atas usaha yang anda telah lakukan. Naikkan semangat dan motivasi diri anda dengan memberi rewards kepada diri anda.

Hammer Program

#ProjekSkorA2K19

#PROJEKSKORA2K19 mempunyai misi untuk membantu melonjakkan prestasi para pelajar di seluruh Malaysia. Di LAHAzone Education, program #PROJEKSKORA2K19 dilaksanakan melalui Program Hammers. Apakah Program Hammers?Program Hammers direka khas untuk membantu memperkukuhkan ASAS pemahaman para pelajar bagi sesuatu subjek selari dengan misi #PROJEKSKORA2K19 .  Matlamat utama Program Hammers adalah untuk membimbing para pelajar meningkatkan penguasaan asas pengetahuan bagi subjek-subjek yang ditawarkan agar para pelajar lebih cemerlang dalam peperiksaan.

Sertai Program Hammers Kami.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *