teknik menjadi pelajar cemerlang

Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang

Bagaimana Pelajar Cemerlang itu Cemerlang?

Teknik rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang ini mudah sahaja.

Anda hanya perlu ingat ABCDEF.
Apakah itu?

A untuk ATTITUDE

Attitude atau digelar sebagai SIKAP. Pelajar yang cemerlang sentiasa berfikiran positif. Pemikiran positif ini memberikan pelajar pelajar yang bersifat sportif, mendengar, menjawab dan memahami.

B untuk BELIEF

Belief bermaksud PERCAYA. Pelajar cemerlang sentiasa percaya kepada kebolehan diri sendiri. Golongan yang mempercayai diri sendiri ini adalah golongan yang sentiasa dapat mencapat kecemerlangan kerana pelajar tersebut sentiasa percaya pada kebolehan dirinya sendiri.

C untuk CONFIDENT

Confident bermaksud YAKIN. YAKIN pada kebolehan diri sendiri. Perasaan yakin ini akan membuka ruang untuk bertanya, menjawab dan menghadapi peperiksaan. Pelajar perlu yakin yang dirinya mampu cemerlang dalam peperiksaan. Perasaan tidak yakin boleh menyebabkan pelajar sentiasa berasa was-was.

D untuk DETERMINATION

Determination bermaksud KEAZAMAN. Keazaman adalah satu dorongan untuk ke berusaha dengan lebih kuat, tekun dan gigh. Kegagalan adalah lumrah hidup sahaja. Anda perlu sentiasa mempunyai azam yang kuat untuk berjaya.

E untuk ENTHUSIASM

Enthusiasm bermaksud BERSEMANGAT TINGGI. Semangat yang tinggi dapat meningkatkan tahap kerajinan pelajar. Pelajar akan lebih rajin untuk bersedia membuat persiapan menghadapi peperiksaan yang dibuat terlebih awal lagi. Pelajar yang membuat persiapan awal sentiasa lebih bersedia.

F untuk FUN

Fun bermaksud HIBURAN. Walaupun anda perlu berusaha gigih untuk berjaya, anda juga perlu mempunyai masa untuk merehatkan diri. Badan dan otak perlu berehat juga. Apabila badan dan otak anda mempunyai rehat yang cukup, daya ingatan memori anda juga akan lebih baik.

Inilah formula pelajar cemerlang. Sentiasa amalkan ABCDEF dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *