TEKNOLOGI🤔. PERLU KE MAK AYAH TAHU TENTANGNYA?

TEKNOLOGI🤔. PERLU KE MAK AYAH TAHU TENTANGNYA?

IBU BAPA PERLU BACA SAMPAI HABIS

UNTUK TAHU PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN KESANNYA KEPADA DUNIA PENDIDIKAN ANAK2 ABAD 21.

Memahami kesan teknologi terhadap kerjaya masa depan , berikut adalah beberapa analisis oleh badan – badan tertentu :

– 65% kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah hari ini akhirnya akan bekerja dalam jenis pekerjaan yang baru dan belum pernah wujud sekarang (World Economic Forum)

– 47% pekerjaan akan hilang dalam 25 Tahun akan datang (Universiti Oxford)

– 7/10 orang sedang bekerja dalam industri di mana masa depan kerjaya atau industri mereka tidak menentu (Skills for Your Future, We Forum)

Ini bermaksud bahawa sistem Pendidikan kita mesti mempersiapkan kita untuk :

– Pekerjaan yang BELUM wujud
– Teknologi yang BELUM dicipta
– Untuk menyelesaikan masalah yang TIDAK dijangka.

Oleh itu , jenis pendidikan apa yang akan membolehkan pelajar mengatasi ketidakpastian tersebut ? Apa kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap, kecekapan yang diperlukan untuk “bertahan” pada abad ke-21 ?

#fikirkan

Menurut Forum Ekonomi Dunia, untuk berjaya dan bertahan dengan baik pada abad ke-21, pelajar memerlukan lebih daripada pembelajaran akademik tradisional sahaja , mereka memerlukan kecekapan dalam kemahiran seperti kolaborasi, kreativiti dan penyelesaian masalah. Selain itu kualiti perwatakan dalaman seperti kegigihan, rasa ingin tahu, kepemimpinan, inisiatif sendiri serta kemampuan menyesuaikan diri juga amat penting untuk mengatasi ketidakpastian seperti yang ditunjukkan di atas.

Forum Ekonomi Dunia (New Vision For Education, 2015) menerangkan kemahiran abad ke-21 seperti berikut:

– Kecekapan atau pengetahuan dalam sesuatu bidang ( Foundational Literacies ) mewakili bagaimana pelajar menerapkan kemahiran tersebut untuk tugas harian mereka. Contoh kecekapan dan pengetahuan yang amat penting adalah kecekapan ICT , kecekapan saintifik , kecekapan kewangan , kecekapan budaya serta kecekapan sivik dan moral.

– Kompetensi menerangkan bagaimana pelajar mendekati cabaran yang kompleks. Sifat watak menggambarkan bagaimana pelajar mendekati persekitaran mereka yang berubah. Contoh bahagian yang pelajar perlu asah daya kompetensi mereka adalah dari segi pemikiran kritikal / penyelesaian masalah , kreativiti , komunikasi serta kolaborasi.

#hadamkan
#revolusiteknologidanpendidikanabad21
#LahazoneEducation
#HolisticLearningCentre

lahazone

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kami : klik di sini

LAHAzone Education

Kepakaran kami ialah mencegah pelajar kecundang di dewan peperiksaan. Ketahui bagaimana.Hubungi LAHAzone 010-233 6859 #LahaZone

Leave a Reply