Tips Mengambil Nota

Bagaimana ingin mengambil nota dengan betul?

Semua pelajar mahupun yang dewasa sekalipun kadang-kadang perlu mengambil nota. Untuk pelajar sekolah dan dewasa yang ke seminar contohnya patut pelajari teknik ini yang memudahkan anda untuk menambah nota dan yang penting anda masih dapat mengingat isi penting yang telah dicatat. Ini adalah serba sedikit daripada perkongsian Coach Wazil pada setiap hari Isnin.

Tips Mengambil Nota

Bagaimana ingin mengambil nota dengan baik? 

Mudah sahaja. Pertama sekali bahagikan ruangan nota anda kepada 3 bahagian utama.

Bahagikan buku nota anda kepada 3 bahagian utama.

Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A

Bahagian A ialah bahagian yang penting untuk topik yang akan anda pelajari. Di Bahagian A ini, anda boleh bina soalan berkenaan dengan topik. Tulis apa yang anda akan belajar. Kalau dalam buku dikira objektif pembelajaran la.

Bahagian B

Bahagian B pula ialah bahagian di mana anda mencatat segala isi-isi penting. Beri jawapan kepada soalan-soalan yang anda telah bina tadi.

Bahagian C

Bahagian C ialah bahagian yang ramai orang abaikan kerana merasakan ia tidak penting. Tetapi jika anda tinggalkan sedikit ruangan di bahagian C ini, anda boleh mencatat idea utama dalam topik dan isi-isi penting dapat dikeluarkan dan diringkaskan.

Menarik bukan?

Anda tulis soalan apa yang anda nak belajar,

Anda beri jawapan kepada soalan-soalan anda.

Anda ringkaskan dan tambah lagi maklumat penting yang perlu.

Kesannya, anda akan faham dengan lebih mendalam dan lebih padu lagi.

LAHAzone Education

Kami adalah peneraju Program Bimbingan Holistik di Malaysia. Kejayaan Pelajar Kami adalah Kegembiraan Kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *