Tips Untuk Tingkatkan Tahap Kemahiran Berfikir
tips tingkatkan kemahiran berfikir

Tips Untuk Tingkatkan Tahap Kemahiran Berfikir

tips tingkatkan kemahiran berfikir

Tips Untuk Tingkatkan Tahap Kemahiran Berfikir
====================================

4 Tips untuk tingkatkan tahap kemahiran berfikir anda ialah:

1. Tanya soalan sebanyak mungkin.

Soalan KBAT memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Kadang-kadang soalan yang ditanya tu kita tak terfikir akan ditanya. Jadi baik anda sendiri tanya soalan itu dan cari jawapannya sebelum anda ditanya dalam peperiksaan. Tanya soalan banyak-banyak janganlah sampai menjengkelkan guru pula. Selain itu, anda juga boleh bertanyakan soalan kepada diri anda dan gunakan encik google untuk mendapatkan jawapan. Lagi banyak anda tahu lagi cepat anda berfikir logik kepada sesuatu perkara.

2. Praktiskan “Zero based thinking”

Apa tu zero based thinking? Ia ialah berfikir sesuatu yang anda tak tahu tapi cuma gunakan imaginasi anda. Nampak pelik kan berfikir benda yang tak pasti? Tapi ini untuk menjadikan anda lebih kreatif untuk berfikir di luar kotak. Pengetahuan anda kadang-kadang yang menjadi kotak penghalang untuk anda berfikir luar biasa. Dengan berfikir sesuatu yang anda sendiri belum tahu, anda mungkin nampak pelbagai kemungkinan yang mungkin terjadi. Tetapi apa-apa pun, selepas itu perlu semak semula, adakah apa yang anda fikirkan itu betul atau tak ya…

3. Membuat senaman yang berterusan

Pasti anda biasa dengarkan. Otak yang cerdas itu datangnya daripada badan yang cerdas. Lagi sihat badan anda, begitu jugalah otak anda. Berfikir lebih mudah jika anda sentiasa sihat dan segar. Cuba anda tanya soalan kepada orang yang sedang sakit. Adakah mereka dapat memberi jawapan yang bernas seperti semasa dia sihat?

4. Pelbagaikan “habit” untuk mendapatkan idea kreatif

Habit seseorang akan menjadi satu rutin. Orang yang mempunyai habit tertentu pasti akan arif mengenainya. Contohnya orang yang minat kepada sukan permotoran pasti akan tahu banyak perkara mengenai sistem motor, enjin dan sebagainya berbanding seorang yang mempunyai hobi mengumpul setem. Tapi bayangkan jika anda mempunyai banyak habit. Pasti akan lebih banyak perkara anda akan tahu.

OK.. itu sahaja perkongsian dari kami

LAHAzone, Kami peneraju program bimbingan holistik di Malaysia.

Live Amazingly Higher Achievement

#LAHAzone
#ProgramBimbinganHolistik.

Leave a Reply